Tuesday 7 June 2011

Persijilan

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE @ IMP

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu “Standard” sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf HALAALAN THOYYIBA telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Apakah IMP (Pengilangan)?
IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan, iaitu :
1. IMP – Islamic Manufacturing Practice
2. GMP – Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

Perbezaan IMP & GMP
Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang dihasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf “HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Justeru mendapatkan produk dari kilang IMP merupakan suatu keperluan bagi menjamin lahirnya keperibadian yang mulia lagi luhur seseorang muslim itu kekal muslimnya dalam kehidupan serta mempunyai fikrah islamiah yang kukuh terhadap agamanya.

Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan yang cukup kuat ke atas fikiran, perasaan, roh dan peribadi manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri rohani dan jasmani dari kegelapan (zulmat) kepada petunjuk (nur).
Kini IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan ‘kepentingan Syahadah’.
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
 Good Manufacturing Practice (GMP)
Good manufacturing practice (GMP) certification scheme can assist manufacturers of food products and food related products to provide assurance to their customers that their products are manufactured in a hygienic manner and in accordance to best practices in manufacturing.
Since GMP is one of the pre-requisite programmes (PRP) required to be established before Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) can be implemented, having GMP certification would definitely pave the way to an easier HACCP implementation and certification.
GMP is a sanitary and processing requirement applicable to all food processing establishments. Many food industry companies have implemented the GMP certification scheme for food processing as the foundation upon which they have developed and implemented other food quality assurance systems and food safety management systems, such as HACCP, SQF 2000, ISO 9001 and ISO 22000.

No comments:

Post a Comment