Tuesday 7 June 2011

SUSU ILHAM

SUSU PENUH KRIM ILHAM

Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik  dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Persijilan

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE @ IMP

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu “Standard” sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf HALAALAN THOYYIBA telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Apakah IMP (Pengilangan)?
IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan, iaitu :
1. IMP – Islamic Manufacturing Practice
2. GMP – Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

Perbezaan IMP & GMP
Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang dihasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf “HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Justeru mendapatkan produk dari kilang IMP merupakan suatu keperluan bagi menjamin lahirnya keperibadian yang mulia lagi luhur seseorang muslim itu kekal muslimnya dalam kehidupan serta mempunyai fikrah islamiah yang kukuh terhadap agamanya.

Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan yang cukup kuat ke atas fikiran, perasaan, roh dan peribadi manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri rohani dan jasmani dari kegelapan (zulmat) kepada petunjuk (nur).
Kini IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan ‘kepentingan Syahadah’.
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
 Good Manufacturing Practice (GMP)
Good manufacturing practice (GMP) certification scheme can assist manufacturers of food products and food related products to provide assurance to their customers that their products are manufactured in a hygienic manner and in accordance to best practices in manufacturing.
Since GMP is one of the pre-requisite programmes (PRP) required to be established before Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) can be implemented, having GMP certification would definitely pave the way to an easier HACCP implementation and certification.
GMP is a sanitary and processing requirement applicable to all food processing establishments. Many food industry companies have implemented the GMP certification scheme for food processing as the foundation upon which they have developed and implemented other food quality assurance systems and food safety management systems, such as HACCP, SQF 2000, ISO 9001 and ISO 22000.

Proses penyediaan SUSU ILHAM

Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan kaedah secara islam adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya.

Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Maksud Hadis : “Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”.

Komposisi & Khasiat SUSU ILHAM

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.
Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.


KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

KISMIS

Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.\

BADAM
Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Keratan Iklan ILHAM


Testimonial SUSU ILHAM

Nama anak : Siti Maryam bt. Mohd. Zairi – 4 tahun & Puteri Nur Aisyah bt. Mohd. Zairi – 6 tahun
Komen :
Sebelum ini anak-anak saya mengalami selsema dan kahak yang berpanjangan hingga menyukarkan mereka bernafas dan tidur dengan lena. Dengan izin Allah SWT, setelah mengambil susu ilham, Maryam dan Aisyah telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik. Alhamdulillah, tiada lagi kahak dan selsema yang selama ini menyebabkan mereka agak sukar bernafas dalam keadaan selesa. Kini anak-anak saya kelihatan sihat, ceria, cerdas dan aktif.
Khasiat hebat yang dirumus dalam susu Ilham serta penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat Nabi dalam pemprosessannya amat menyakinkan saya untuk terus mengambil susu ini sebagai minuman harian.
Bukan sahaja anak-anak yang minum susu ini, suami juga mengambilnya setiap pagi sarapan dan sebelum tidur. Saya tidak menyangka sama sekali, suami sekarang tidak berdengkur. Kini susu Ilham menjadi pilihan seisi keluarga
- Puan Ema Hashim, Shah Alam


Nama anak: Nur Dhia Zahra Bt Idris
Komen:


Saya mula memberi Zahra minum susu IlHAM ketika berusia 6 bulan..Sebelum ini Zahra minum susu  badan  ibu dan susu Dutch Lady..selepas diberi susu ILHAM, Zahra sudah tidak berminat utk minum Susu Dutch Lady..sering kali diberi minum, jarang dihabiskan..tetapi, apabila saya memberi minum susu ILHAM, cepat je abis..perkembangan Zahra jugak cepat..diusia 6 bulan, sudah mula merangkak..Semoga dengan keberkatan susu ibu & susu ILHAM, anak mama akan menjadi ank solehah, taat kepada perintah Allah SWT serta menghormati Kedua ibu bapa.
-Pn Bushro , Bangi

Nama Anak : Intan Nur ‘Insyirah Mohd. Nakha’e – 2 tahun 5 bulan
Komen :
Intan Nur ‘Insyirah, merupakan fully breast-feed baby selama 2 tahun. Sebaik usia mencecah 2 tahun, saya mula mencari susu formula yang bersesuaian sebagai susu gantian kepada susu ibu. Namun, ‘Insyirah sukar menerima susu tersebut. Pelbagai jenis susu telah dicuba tetapi ia tidak dapat menarik perhatian dan memenuhi citarasa ‘Insyirah.
Setelah diperkenalkan dengan susu Ilham, ‘Insyirah terus berminat dan gemarkan rasanya yang manis semulajadi. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah sejak minum susu Ilham ini, ‘Insyirah semakin bijak dan petah bercakap disampinglebih mudah menerima pembelajaran baru, cekap berfikir dan mendengar kata. Dengan izin Allah disamping kandungan yang halal dan mengikut sunnah, susu ini telah memberi kesan yang positif kepada ‘Insyirah untuk proses perkembangan dan pembesarannya.
Semoga pengalaman ini dapat dikongsi dan dirasai oleh ibu-ibu lain yang mementingkan pemakanan mereka. Yang baik itu dari Allah.
- En. Mohd. Nakha’e Hashim, Puchong

Nama Anak :
Nurul Syifa’ Khairul Amree – 2 tahun 3 bulan & Nurnaily Mar’iyah Khairul Amree – 9 bulan
Komen : 
Syifa’ adalah seorang anak yang boleh dikategorikan sebagai lambat bercakap jika dibandingkan dengan abang dan adiknya. Sehingga sekarang dia hanya boleh bercakap hanya3-4 patah perkataan saja, tetapi itupun tidak jelas. Kini Syifa’ telah hampir habis kotak kedua susu Ilham. Beberapa perubahan positif yang telah saya kenalpasti ialah pertama, Syifa’ semakin rajin bercakap walaupun bahasanya masih tidak difahami tp keyakinan beliau ingin bercakap memang ketara, dan mudah mengikut ritma lagu dan didengarnya. Kedua, semakin kurang masalah kembung perutnya, kerana sebelum ini beliau memang ada masalah sembelit. Ketiga, nafsu makannya semakin bertambah. Sebelum ini, Syifa’ hanya ingin menyusu saja dan beberapa perkara lain seperti lebih ceria, pandai mengadu akan ketidakselesaannya, kurang menangis, faham apa yang disuruh dan mudah tidur malam.
Bagi adiknya pula, juga hampir habis kotak kedua susu ini. Perubahan ketara ialah alahan kulitnya semakin baik, perutnya tidak kembung dan tidak meragam bila waktu tidur malamnya, juga rajin bercakap (bahasa baby la) dan mengikut isyarat-isyarat orang. Perubahan lain seperti bangun tidur ceria, kerana selalunya menangis, dan nampak lebih yakin untuk berdiri.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi diatas perubahan positif anak-anak saya. Sememangnya semua diatas keizinanNya, menemukan saya dengan susu Ilham. Yakin dengan Allah, kerana hanya Dia tempat kita mengadu senang dan susah, Insyaallah.
- Puan Siti Noor Zaizie Razak (kini Pengedar), Subang Jaya      

 Rose Khadijah,
hai..sekadar perkongsian..anak saya baru stat minum ILHAM ni sebulan lebih..alhamdulillah masalah sembelit nye da takder..

 Salina Alin
February 28 at 10:42am ·
 anak saya yg aktif telah berubah jd baik sekrg. dan mampu hafal zikir di oasis

by QISMIN » Sat Jan 29, 2011 6:48 pm

PRODUK SUSU ILHAM MEMANG BAGUS DAN BERKESAN ..ANAK SAYA MENGALAMI MASALAH EZIMA YG AGAK SERIUS
DAN ALHAMDULILLAH NAMPAK PERUBAHAN SETELAH DIBERI MINUM SUSU ILHAM :) .

 

Susu Ilham FAQ



1. Dari mana syarikat mendapat bekalan susu utk memproses & menghasilkan susu Ilham? sbb skang ni mcm2 berlaku. sumber susu dicampur dgn melamine (spt di China etc).sya sekarang menggunakan susu anmum sbb sya yakin sumber susu tu (dr New Zeland).so minta penjelasan saudara.

Susu ini berasaskan susu lembu yg di import dari New Zealand. Untuk pengetahuan encik, susu lembu yang terbaik didunia adalah dari negara New Zealand dan kami gunakan 100% susu bukan perasa susu.


2. Susu Ilham ada dijual di pasaraya atau bagaimana?

kami baru merancang untuk masuk ke pasaraya MYDIN. sekarang kami pasarkan melalui online dan pengedar.(setakat ni belum ada di mana2 pasaraya, tapi ada di sesetengah halal Mart)

Noted : Sekarang dah ada di pasaraya MYDIN terpilih.

3. erm..skang ni mcm2 produk yg dijual berdasarkan proses IMP. tp sya agak ragu sedikit. betulker benar2 mengikut IMP? sbb kalau permintaan tinggi, sudah tentu penghasilan akan tinggi, dan boleh ker kilang adapt dgn situasi begitu (masih mencari pekerja yg tahu baca quran etc). lagi satu, boleh ker kalau customer nak dtg terus ke kilang susu ni? selain boleh tgk betul2 proses pemprosesan susu Ilham, boleh terus beli sajer produk susu ni.

Produk kami adalah dibawah produk makanan dan pihak kami telah mendapat kelulusan daripada Lab bahagian makanan Kementerian Kesihatan. Semua kelulusan Lab kami pamerkan label pada tepi kotak bahagian fakta nutrisi dan syarikat kami juga tiada masalah dari segi kesihatan kerana makanan yang terkandung di dalam susu ini adalah badam+kurma+kismis yang mana semua bahan-bahan tersebut amat baik dan berkhasiat sama ada terhadap kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Cara prosesnya, sebelum susu dibawa ke kilang,10 orang ustaz tahfiz kelulusan dari Subra, Mesir akan melakukan terapi Al-Quran 30 juzuk itu,dimana setiap orang ustaz akan menggunakan tinta zaffaron di atas piring putih dan di bahagi-bahagikan juzuk kepada setiap orang dengan masa yang diambil 1 bulan 1/2 - 2 bulan untuk disiapkan. Semasa proses ini jalankan,ustaz-ustaz ini akan membaca dan menulis. Selepas siap akan di masukkan sekali bersama-sama susu untuk dicampurkan bersama badam+kurma+kismis. 

Semasa di dalam kilang, akan dibuat bacaaan surah-surah terpilih seperti surah lokman+mariam+ibrahim secara live. Sebelum pekerja memulakan kerja semua akan diwajibkan mengambil wuduk terlebih dahulu dan akan dibacakan doa terlebih dahulu sebelum pekerja-pekerja memulakan kerja. 
 
Semasa proses susu sedang dijalankan akan dipasang cd bacaan ayat-ayat Al-Quran, ini untuk kita dapatkan qualiti produk dari segi rohani dan jasmini akan terhasil apabila pengguna menggunakan produk kami kerana sudah terhasil yakin bersih & suci dan barokah. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan semua pekerja kami adalah muslim. Semasa didalam kilang semua pekerja sudah maklum akan product ini dan dari segi pengantaran dari kilang ke pejabat kami dilakukan oleh pekerja-pekerja kami sendiri.

Kami juga membuat beberapa langkah untuk menjaga kualiti produk dari permulaan sehingga dihantar sampai kepelanggan dimana kami akan melekatkan stiker supaya Jangan Dilangkah produk kami untuk memberitahu kpd pihak courier.  Alhamdulillah sehingga hari ini ramai pelanggan kami berpuas hati dengan hasil dan mereka dapat lihat perkembangan anak-anak yg positif dan lebih-lebih lagi 1 keluarga kerana ramai yg menegur perubahan anak-anak dan org yg meminumnya.


4.  Kenapa susu ILHAM ni disyorkan penyusuan 3 kali sehari sahaja? Ada apa2 side effect tak kalau diambil lebih dari 3 kali?

Yang itu adalah yg disyorkan sahaja tapi sebenarnya kalau untuk anak2 boleh minum seperti biasa ikut kehendak mereka, side effect dia tak da.. even ada few customer yg anaknya minum selang 3 jam.
 
5.Boleh tak dicampurkan susu ILHAM ni dengan susu biasa (semasa> membancuh)?

Dicampurkan dgn susu lain kami tidak galakkan


6.  Boleh tak diselang seli penyusuan susu ILHAM dengan susu biasa?

Kalau diselang selikan boleh ini bagi yang bermula nak minum susu ilham atau yang nak budget. Tapi kalau seboleh2nya minum secara berterusan untuk tengok perkembangan yg lebih sihat dan positif.

7.  Boleh tak baby umur 7 bulan minum susu ILHAM?

Susu ILHAM 1-3 tahun boleh diminum oleh bayi berumur 6 bulan ke atas, dengan syarat sudah makan solid food..

Okey diharap dgn adanya sedikit info nie dpt menambahkan lagi keyakinan puan2 utk mencuba produk ini.